Monday 6 January 2014

contoh text ucapan pengacara majlis perkhawinan Emcee Zoul


Sirih junjung berhias indah,
Sekacip pinang pembuka kata,
Bunga manggar kilau bercahaya,
Datang berkunjung ke majlis meriah,
Sejarah terukir nilai permata,
Lembaran sejarah kini bermula.

(KOMPANG DIMAINKAN) – 8 Minit

Diiringi paluan kompang, sama cantik dan sama padan, beriringan masuk ke dalam dewan, pasangan pengantin yang segak lagi bergaya, yang cantik lagi menawan, pasangan Raja Sehari; 
Mohd Firdaus Bin Azman dan Nor Khalida Binti Makmor.

(SELAWAT – AF Ustaz Ahmed Nashrul Bin Khalip) – 3 Minit

(Pengantin akan berjalan menuju ke pelamin)

Anak Cina memasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Selasih
Pasangan pengantin segak melangkah
Mara menuju mahligai kasih

Dari Raub pergi ke Pontian
Terus pula ke Kuala Perlis
Harap semua berikan perhatian
Mohon saya mulakan majlis

BismilLahir Rahmanir Rahim
Assalamu `Alaikum W.B.T.

Allah swt berfirman di dalam surah Al-Rum ayat 21:
Maksudnya

Dan di antara membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan - keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi tanda-tanda yang orang-orang yang berfikir.



Hari ini menugal jagung
Hari esok memintal tali
Hari ini kita berkampung
Meraikan mempelai dua sejoli

Di malam hari terang senegeri
Memberi cahaya di tengah balai
Majlis indah bertambah seri
Untuk meraikan kedua mempelai

Yang dihormati __________________________________________________________ selaku tuan rumah kepada Majlis Perkahwinan kita pada hari ini, yang diraikan pasangan mempelai; Mohd Firdaus Bin Azman dan Nor Khalida Binti Makmor, yang dihormati ahli keluarga, saudara-mara, bekas-bekas guru, teman sekerja dan rakan-rakan kedua-dua mempelai, hadirin dan hadirat para tetamu yang diRahmati Allah S.W.T. sekalian.

Saya, Muhamad Khairul Anwar Bin Mat Azidin, pengerusi majlis pada hari yang berbahagia ini, mengucapkan Selamat datang ke :

Majlis Perkahwinan Mohd Firdaus Bin Azman dan Nor Khalida Binti Makmor.

Melayang serindit di atas permatang
Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara

Burung Nuri hinggap di balai
Balai seri buatan Pak Tua (nada rendah ke tinggi)
Tempat berehat rakan dan taulan
Duduk tersenyum kedua mempelai
Menadah tangan memanjatkan doa
Moga jodoh sentiasa berkekalan

Dengan itu, bagi memohon majlis ini diBerkati dan diRahmati Allah SWT, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh AF Ustaz Ahmed Nashrul Bin Khalip. 

Dipersilakan.

(BACAAN DOA – 5MINIT)

Terima kasih diucapkan kepada AF Ustaz Ahmed Nashrul Bin Khalip di atas bacaan doa sebentar tadi.

Orang jauh dikenang-kenang
Hanya terkenang pada yang satu
Mula berkenalan kemudian bertunang
Akad dilaksana sama bersatu

Anak Cina mengail patin
Mengail patin di tepi titi
Senyum terukir pasangan pengantin
Tanda gembira penuh di hati

Menyingkap bibit-bibit perkenalan pasangan pengantin ini, mereka mula berkenalan ketika sama-sama menuntut di Kolej IKRAM, Bangi. Selangor Darul Ehsan. Perkenalan yang tidak disengajakan itu, akhirnya memutikkan rasa cinta di dalam hati kedua-dua pasangan ini.

Setelah mengenal hati budi masing-masing dan mendapat restu keluarga, mereka mengikat tali pertunangan pada _________________. Dan pada hari yang penuh bermakna ini, janji sepakat yang telah dibuat telah ditunaikan di dalam Majlis yang penuh berbahagia ini.

Bagi tidak membuang masa lagi, kita terus ke majlis menepung tawar dan merenjis air mawar.

(GAMELAN DIMAINKAN)

Dengan itu, saya menjemput :
(Nama dan gelaran dalam keluarga)

Yang pertama –

Seterusnya –

3 –

4 –

5 –

6 –

7 –

8 –

9 –

10 –

Demikianlah tadi, acara menepung tawar dan merenjis air mawar bagi memeriahkan majlis persandingan pasangan dua sejoli yang segak dan cantik di singgahsana.

Puan dibawa ke Gunung Ledang
Dibawa dengan penuh beradab
Pinggan mangkuk telah terhidang
Kini masa makan beradab

Majlis diteruskan dengan acara kemuncak kita pada hari ini iaitu majlis makan beradab. Dengan rasa hormatnya, saya menjemput pasangan pengantin dan ahli keluarga untuk bersama - sama ke meja yang disediakan bagi menikmati hidangan. 

(PENGANTIN BERJALAN DARI PELAMIN KE MEJA)
PENGANTIN DUDUK

Semerbak bunga seroja
Dibelai dara pingitan
Lauk pauk penuh semeja
Jemput mempelai menikmati hidangan


Bagi hadirin / hadirat yang dirahmati sekalian, janganlah malu janganlah segan untuk sama – sama menikmati juadah enak yang disediakan. Bagi tetamu yang baru tiba, saya mengalu – alukan kehadiran tuan tuan dan puan puan ke majlis yang bersejarah ini.

SELANG MASA 30 SAAT

Bagi mengisi ruang dan waktu ketika ini, marilah kita sama – sama menonton persembahan layar yang telah disediakan.

SLIDESHOW DITAYANGKAN
10 MINIT
SLIDESHOW TAMAT

Demikianlah tadi, persembahan layar yang memuatkan gambar – gambar pasangan mempelai yang kita raikan ini dari zaman kanak – kanak sehinggalah mereka dewasa dan seterusnya menjadi suami dan isteri.


Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Dengan itu, Majlis ingin mempersilakan pengantin lelaki, Mohd Firdaus Bin Azman dengan diiringi oleh pengantin perempuan, Nor Khalida Binti Makmor untuk ke pentas bagi menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

PENGANTIN BERUCAP
5MINIT

Terima kasih diucapkan kepada pengantin lelaki, Mohd Firdaus Bin Azman, yang turut mewakili pengantin perempuan, Nor Khalida Binti Makmor, di atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Untuk ke acara seterusnya, Majlis dengan ini menjemput kedua – dua mempelai untuk acara memotong kek. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

PENGANTIN MEMOTONG KEK
(15MINIT)


Sesungguhnya manusia itu sememangnya memerlukan kepada cinta. Kerana cinta itu, menjadikan hidup manusia lebih bermakna, bahagia dan sempurna apatah lagi melalui ikatan perkahwinan yang dituntut agama.

Tiup serunai di atas kota
Uda memupuk bunga melati
Mula kenal kemudian bercinta
Cinta tersemai di dalam hati

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi

Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas daripada Raja Sehari dan ahli keluarga buat semua, atas kesudian hadir dan memeriahkan Majlis kita pada hari yang penuh keberkatan ini.

Tanam laguna tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuknya mati
Budi semua tak kami lupa
Sudah terpaku di dalam hati

Tuan puteri tersenyum-senyum
Melihat laksamana bermain rodat
Senyum-senyum jangan tak senyum
Sudah sempurna segala adat

Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Mohon maaf atas segala kekurangan semasa mengacarakan Majlis ini. Berjumpa kita lagi pada masa yang akan datang. Saya mengucapkan salam hormat buat semua, Wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum WBT.


*majlis protokol untuk majlis perkhawinan bergantung juga kepada tuan rumah untuk lakukan @ tidak.
Selepas majlis protokol, Emcee memainkan peranan agar majlis tidak habis begitu saja dan ianya akan jadi tidak formal seperti ajak tetamu menari(option) usik2 kenalan pengantin dan sebagainya.

sebarang tempahan boleh hubungi saya Emcee Zoul 017-669 0184

Thursday 12 September 2013

Warna Warni Kehidupan



Abu Hurairah..siapakah dia? Agak mustahil bagi kita untuk tidak mengenali insan ini... Abu Hurairah bermaksud Bapa Kepada Kucing.Abu Hurairah mendapat gelaran tesebut kerana beliau terlalu sayangkan dan menghormati haiwan peliharaan itu.  Rata-rata kita mengenali Abu Hurairah sebagai seorang Rawi Hadis yang terkenal. Dalam kesibukan beliau menyampaikan dakwah, mengahafaz hadis, tidak pernah sekalipun beliau mengabaikan sikap peramah beliau terhadap kucing.  

Abu Hurairah sentiasa menyayangi kucing. Pernah di rumahkannya kucing yang baru diperoleh di tepi jalan didalam lengan jubahnya, dan dibawanya kucing tersebut bersiar-siar sebelum dibawa pulang ke rumah. Seperti yang diperkatakan tadi, kucing adalah makhluk Allah dan mempun

Gelaran Abu Hurairah r.a. adalah kerana kegemarannya bermain dengan anak kucing. Diceritakan pada suatu masa ketika Abu Hurairah r.a. bertemu Rasullullah SAW, beliau ditanya oleh baginda apakah yang ada dalam lengan bajunya. Apabila dia menunjukkan anak kucing dalam lengan bajunya lantas dia digelar Abu Hurairah oleh Rasullullah SAW. Semenjak itu dia lebih suka dikenali dengan gelaran Abu Hurairah.   
Dalam suatu peristiwa, tatkala seorang sahabat nabi bernama Abdul Rahman bin Sakhr (nama sebenar Abu Hurairah) menemui seekor anak kucing yang sedang mengiau kerana kehilangan ibunya. Beliau yang dalam perjalanannya menuju ke Masjid Nabawi, berasa kasihan kepada anak kucing itu, lalu mengambil dan meletaknya dalam baju besar beliau. Apabila sampainya di masjid, baginda bertanya Abdul Rahman, apa dalam bajunya? Ia menjawab anak kucing yang kehilangan ibu, aku mengambilnya kerana kasihan padanya. Lalu baginda menggelarkan Abdul Rahman dengan Abu Hurairah (bapa kucing kecil).
Gelaran bapa kucing tidak sedikit pun menjejaskan maruah dan reputasi Abdul Rahman, malah inilah gelaran yang paling disukai tatkala namanya disebut, kerana nabi sendiri yang memberi gelaran itu. Selain itu juga, gelaran Abu Hurairah mengingatkan beliau kepada suatu amal soleh yang pernah dilakukannya menerusi pembelaan seekor anak kucing. Banyak hikmah dari riwayat hidup Abu Hurairah ini dan antaranya beliau telah mencontohi kepada kita betapa bagusnya dan satu amalan yang sangat disukai oleh nabi sendiri iaitu berbuat baik kepada kucing






Saya pengacara majlis anda !!! Peralatan P.A System

         
SERI JATI ENTERPRISE (001634486-M)
Company Address:
2-13-8 Menara Seri Jati,
Jalan 30/56 Keramat Wangsa,
54200 Kuala Lumpur.

Contact:
(Nazril) 017 2978104 / 019 2669420 (Remy) 011 283 03181(Zoul) 017 6990184/017 848 5590

 SOUND SYSTEM
·         R C F  - 4 PRO 700A MI c/w amplifier
·         R C F  - 4 PRO 700A BA c/w amplifier
·         R C F  - 4 PRO 8002AS  c/w amplifier
·         R C F  - ART Series 310A
·         Shure U24D (UHF) Dual Ch Receiver
·         Shure SM58
·         Shure SM57
·         Shure PG SERIES DRUM MIC
·         DI-BOX BERRINGGER
·         Mic Cable - - - -  Mic Stand
·         Power Cable

 WEDGES
·         DB 32 amp c/w cable
·         ACM 2200 power amp 2200 watt
·         Ashly Power amp 2000 watt
·         Crown MA 3600z
·         600 watt Das Loudspeaker
·         600 watt Flepther Loudspeaker

CONSOLE & RACK
·         Behringer X32 Digital Mixer 40 channel
·         Allen & Heath GL 2200 24 channel
·         Yamaha MG 16ch
·         Drawmer 2 Channel Spectrum Compressor MDX 4600
·         DBX 260 drive pack plus
·         Yamaha SPX 2000
·         Behringer 2496 Vitual Pro
·         Behringer 4ch Compressor MDX 4600
·         APEX Main house EQ
·         XTA GQ 660 Monitor EQ
·         DENNON Twin CD Player


LIGHTING SYSTEM
·         Avolite pearl tiger 2048
·         Code Phantom 1024 lighthing controller
·         Smoke Machine 1000 watt
·         Moving Head Yagang
·         Parcan 1000kW c/w Dimmer Pack
·         Parcan 54x3 watt RGBW
·         Geni oby5 575 watt
·         Colour Filter – Power Cable

·         Sound King Mobile Stand

Assalamualaikum Wbt, Ya Sahabat akhi,Ukhti,Enta enti kalian Semua <3

Salam ukhwah, bersyukur kpd Allah swt tuhan semesta alam,kita ditemukan disini blog Ingat Tuhan Sampai Mati. sbg perkongsian, saya setiap pagi bangun akan berkata "TODAY I WOKE UP, I'M ALIVE I'M HEALTHY, ALHAMDULILLAH TQ ALLAH " itulah ayat pertama akan saya ucapkan. then saya juga kita tidak tahu entah bila kita semua akan 'dipanggil', sentiasa lah bersyukur apa adanya walaupun hari itu hari yang agak sukar dalam hidup kita(masalah donia).

Baiklah, tujuan saya membuat blog ini untuk meneroka/perkongsian hidup kita sbg khalifah Allah di bumi ini,
gambar diatas adalah gambar baru saya ianya diambil oleh sahabat saya ketika menjadi Emcee/pengacara pada satu majlis perkhawinan. pengacara majlis sinonim sebagai Master of Function,Orang pertama akan dilihat,kelibat yang akan ditunggu dan macam2 kita akan bicara mengenainya. Jadi saya lebih kepada bakat atau tekad untuk sahut cabaran kepada diri saya sendiri,bakat ? i dont think so because .... background keluarga bukan dari situ, cuma bakat boleh digilap dengan sendiri melalui pengalaman.Saya suka melihat orang senyum,ketawa dan rasa resah jika sesi usik mengusik dan cuba mendekati seseorang dalam sesuatu majlis. Dalam blog ini saya akan cerita sedikit demi sedikit pengalaman saya juga saya akan menawarkan perkhidmatan kepada individu/employer yang berminat.

"My experience in field hosting almost 3 years and substantially compere official function and corporate. Apart from that also, I provide P.A System official service for  ceremony / Korporat, Wedding, Karaoke, Annual Dinner & Musical Instruments "

hubungi saya : 017-669 0184